Pengguna
  • 7.1
  •  
Softonic
  • 10
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
Modern Warfare2007-10-15
Muat turun bulan lepas:
5,661,638
Saiz:
1405.48 MB
Pembangun:

Aksi peperangan yang pantas dan moden

Call of Duty 4 ialah penembak diri pertama yang meletakkan anda di tengah situasi peperangan, dan menawarkan mod multi pemain atas talian yang terperinci.

Call of Duty telah menempatkan dirinya sebagai satu dari siri permainan teragung. Dengan berterusan mempertingkatkan grafik dan AI, satu dari kritikan sebenar yang dihadapi sebelum ini ialah sifat tetapannya yang berulang-ulang. Word War II ialah dunia pelbagai pentas, juga menarik untuk didekati dalam banyak cara: tapi bagaimana pula dengan sesuatu yang berlainan? Call of Duty 4: Peperangan Moden ialah jawapan kepada permintaan sebegini. Permainan ini membenam kepala anda dalam medan peperangan hari ini, malah lebih laju berbanding leluhurnya.

Demo Call of Duty ini menawarkan anda satu misi dari permainan versi penuh, di mana anda memainkan Sarjan Paul Jackson, Tentera Marin US. Anda dihantar untuk menyelamatkan kereta kebal yang menjadi tahanan sewaktu misinya menentang ketua pemberontak di Arab Saudi. Sebagai satu demo yang baik, Call of Duty 4 menyerlahkan sederet situasi tempur, termasuk penggunaan senjata anti kereta kebal, kemusnahan bateri anti pesawat dan sekurang-kurangnya satu pertempuran berapi yang sangat pantas, dan mengelirukan.

Grafik dalam Call of Duty 4 memang terbaik, dan kami tidak perasan sebarang jeda walau pada tetapan atasan. Call of Duty 4 dibina berasaskan enjin proprietari baru yang menawarkan sokongan lebih baik untuk kesan pencahayaan terkini, jelas kelihatan dalam misi ujian ini. Aspek lain enjin baru ini memberikan perubahan menarik kepada permainan. Beberapa bentuk perlindungan (pagar kayu ringan, contohnya), tidak banyak membantu anda sebagaimana pada tahun-tahun lalu. Sementara bangunan tidak boleh dimusnahkan, banyak elemen persekitaran Call of Duty 4 (seperti kereta dan, ya, pagar kayu ringan) mudah dimusnahkan dengan tembakan. Senjata berat boleh menembusi perlindungan kukuh juga, "Tembak mereka menerusi dinding!", arah anda pada satu masa.

Kesemua tambahan realisme ini membuatkan kualiti keseluruhan permainan Call of Duty 4 sangat tinggi. Kami sedar akan peningkatan AI yang hebat, walau pada tahap kesukaran yang rendah yang mana permainan terdahulu membuatkan anda rasa seakan gila. Sebenarnya, kebagusan Call of Duty 4 mengejutkan, terutamanya bila ada beberapa reaksi negatif terhadap XBOX 360 beta.

Laju, padat dan berubah-ubah: grafik mengagumkan dan keterlibatan permainan menghasilkan Call of Duty 4: Medan Peperangan Moden satu kemestian untuk pemain berkeyakinan diri.

Bagus
  • Grafik yang cantik
  • Permainan yang dipertingkat
  • Kebolehmusnahan persekitaran yang lebih baik
Tidak bagus
  • Kesan bunyi yang agak biasa
  • Masih agak linear

Muat turun: Paling Banyak Permainan Perang

  1. Bus Driver

    Simulator memandu bas yang menyeronokkan

  2. PES 2012
  3. Minecraft
  4. Plants vs. Zombies
  5. Call of Duty 4